Monday, November 22, 2010

Aku Labah-Labah Bertatih~

sebentar lagi akan pergi ke RSAT ( Rumah Sakit Angkatan Tentera)
bagi buat medical check up untuk ke ACT Di KDSI I nanti...
hmmm nak mood berkarya tiba2 muncul dalam diri ini..ceritanya bermula dengan seekor labah2 yang baru dilahirkan dan dia mula bertatih...

Aku Labah2 bertatih..

aku seekor labah2..
baru dilahirkan oleh ibuku..
dilahirkan di sebuah bas..
di sewaktu hendak senja..

aku bertatih..
melihat keadaan sekeliling..
melihat ragam manusia..
si kecil menangis2,ibu menenangkan..
Si cina sibuk memakan keropok yang ada ditangan..
dua orang dari barat melayan perasaan masing2..
aku terus bertatih...
terhenti di suatu sudut..

Suram...suram suasana di luar..
malam tanpa bintang...
aku baru dilahirkan..
tapi aku dapat rasa kesuraman itu..
bulan...tiada kelihatan..
cahaya yang timbul disebalik awan..
kurasakan ia bulan..
entah..aku tak dapat fikirkan itu..
kerana aku baru bertatih...

aku teruskan bertatih...
ku lihat manusia ini..
penuh dengan seribu air muka..
entah..aku si labah2..
mungkin tidak mngetahui sifat manusia...
tapi sangat tertarik..
melihat sesuatu keluar pada matanya..
titisan demi titisan air keluar di mata..
aku melihat lagi...
dia bercakap sendirian..
aku dengar..dengar & dengar..
terdengar suara hiba..suara penuh kekecewaan..
suara sayu..suara minta pertolongan..
aku seekor labah2 yang baru bertatih..
apa yang perlu aku lakukan..
hanya terdaya melihat & mendengar serta menemani..
walaupun ku tahu..
labah2 bertatih sepertiku..
tiadak mungkin dapat manusia lihat..
kerna aku kecil & waktu itu gelap..

dalam keadaan kesamaran..
air mata manusia itu tidak berhenti..
titisan demi titisan..
kadang2 kulihat mengalir laju..
kadang2 ia setitis dan setitis..
manusia itu asyik melihat pemandangan luar..
aku melihat sama apa yang menarik perhatiannya..
tiada apa..hayan pohon-pohon..
teguh berdiri..
pandangan manusia itu kosong..
aku seekor labah bertatih..
hanya dapat melihat..

Di sudut air muka itu..
aku hanya dapat berdoa kepada Tuhan Yang Esa..
hilangkan rasa hibanya..
hilangkan rasa kesengsaraannya..
hilangkan rasa kosongnya..
tumbuhkanlah jiwa..
jiwa yang menyinari hidupnya..
kerna aku hanya seekor labah2 bertatih..
dapat merasakan manusia itu..
perlu juga mulakan tatihan..
bertatih dan bangkit..
bangkit dari keresahan...

begitula kisahku satu malam..
mula dengan tatihan..
melihat kejadian alam..
& mula memahami air muka manusia itu...

No comments: