Wednesday, February 18, 2015

Harap[an]

Wednesday, February 18, 2015 0 Comments
PERKARA ITU TIDAK PERNAH HABIS..
Adakah itu sebenarnya akan terjadi?

Kalau ya, aku harap jangan siapa lagi hadapi perkara sama.

HARAP[AN]...


lukisan Farah Umairah, Ipoh.

cukup, tidak minta lebih lagi.
lakaran pelangi, matahari, awan, teman dan perlindungan.

lakar, angan, usaha dan gapai

Wednesday, February 11, 2015

Alahailah SEMUT.

Wednesday, February 11, 2015 0 Comments
Makhluk itu halus.
bilangannya tidak terbilang.
sekali dilihat sekalinya hilang.

meskipun satu,
kau boleh binasakan air sekolam.
lagipun banyak,
binasa kereta sebuah.

Alahailahhh SEMUT, 
kau kecil tapi kau memberi kesan.


FRIM, 2015
Semut, tolonglah kembali ke tempat asal, hutan hijau.
hutan konkrit yg kau jelajah, penuh manusia pembunuh keturunanmu.


Sunday, February 8, 2015

Tanya

Sunday, February 08, 2015 0 Comments
TANYA
tanda tanya dan pertanyaan
sampai sekarang tiada jawapan.

BERHENTI
berhenti bertanya, teruskan kehidupan
walau pertanyaan masih tersimpan

TERUSKAN
cuba lupakan, namun lumrahnya insan
teruskan sahaja pandang ke hadapan.



UIAM.
Sambil pandang ke hadapan dongakkan kepala,
lihatlah langit terbentang luas.
Zikirlah SubhanAllah, Maha suci Allah
Allahu akbar, Allah Maha Besar.

Wednesday, January 28, 2015

Yakin.

Wednesday, January 28, 2015 0 Comments
Apa yg kau beri
Kau akan peroleh kembali.

 Ya karma.
 Kau percaya?

 Setepatnya :

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula(Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 )

 Yakin--

Semat sekuatnya.


Fraser hill.
Hayati keindahan alam, satu kebaikan juga.

Sunday, January 25, 2015

Infiniti

Sunday, January 25, 2015 2 Comments
Tak pernah sekali,
hafal kiraan kali,
kira kira ini sangat menguji diri.

Walau tak pernah pandai kiraan,
manusia sebenarnya pandai berkira-kira,

kira nilai kau dah taruhan berapa banyak susah kau beri,
kira berapa kasih kau curahkan tetapi tidak sekali dibalas setimpal,
kira tolong kau beri tapi tidak sama didapati
kira penat dan lelah, peluh menitis, tulang membanting.

semua itu,
sekelip mata menjadi pintar-
walau sebenarnya mereka tidak tahu,
kiraan itu hanya di benak,
hanya fikir, bebankan dihati.

Sungguh--
Sebenarnya--
manusia itu pintar berkira-kira,

Infiniti.


Krabi Island
* Cerakinkan setiap cantuman cahaya itu, sungguh manusia boleh lakukan*

Monday, January 12, 2015

Pentas Dunia

Monday, January 12, 2015 2 Comments
Pentas dunia yang memang engkau tak boleh elak.
Kadang perlu menjadi palsu.
kerna bila diluahkan, parah jadinya.

Sembunyikan--
Disebalik muka itu.
menjadi dua muka, bermuka-muka

Aduhai adik,
walau sedikit engkau canang,
aku terima jadi teguran,
Tapi ingatlah,
ibu dan ayahmu bukan pelindung selamanya,

Apa yang perlu--
rasa hormat.
Entah kenapa guru sekarang adalah boneka.

Drama apa pula akan menjelma tiba.



Wednesday, December 10, 2014

Rehat dan Rawat.

Wednesday, December 10, 2014 0 Comments
Jam sudah 4.39 pagi.
satu jam setengah juga aku baca balik semua yang aku tulis dalam blog ni.
Last aku menulis dekat blog ni Mac 28, 2013.
Dua tahun kebelakangan ni macam2 jadi.
kawan2 dah berkahwin, ada anak, bekerjaya,
Kakak aku pun nak naik pelamin dah.

Dua tahun ni kan.
Semua yang jadi pada aku ada turun naiknya.
Alhamdulillah aku dapat hadapi
semuanya kerana DIA. Tuhan yang Esa.

Dah setahun aku 'berehat'.
Aku rasa sekarang aku perlu bangun.
bangun dari tidur yang lena.

* La Tahzan. Tanam balik semangat itu,



Tasik Tonle Sap, Kemboja.
*matahari terbenam, akan terbit semula. Bermulalah hari baru*

Thursday, March 28, 2013

*After 2 years..*

Thursday, March 28, 2013 2 Comments
Dah 2 TAHUN aku tak coretkan apa-apa kat blog ni..Dasyat..dasyat..Nak tahu apa yang berlaku selama 2 tahun ni meh aku kongsikan dekat blog ni..sape yang tak nak tahu takpa,aku saje je nak kongsi-mongsi..ngehehe..

Firstly, aku dah ditauliahkan menjadi Lt. M. Nor Jawahir Binti Raduian..tapi lama sangat dah tak aktif g KD..baju tak muat dah..hehehe..


waktu hari kejadian..muka gelap gilak!
tangkap pic ni kat studio, sempatlah make up sikit..hihi
Then aku dah berjaya tamatkan study aku dan dapatlah sekeping ijazah di USM..syukur Alhamdulillah..

Abah kena paksa cium pipi aku.haha

Selepas tu aku terus sambungkan pengajian aku kat UKM dalam antropologi dan sosiologi..Pelajar yang amik kos ni tidak ramai sangat..

jalan di pagi hari, muka pun comot.*jujur : badan mmg naik masa kat ukm..aww*
ni classmate aku sepanjang aku di UKM..


kelas minoriti
kelas family
Sekarang sudah semester akhir aku di UKM..moga2 aku dapat Graduate In Time (GIT)..hahahah..tu yang mereka dok canang2..GIT..GIT..GIT..fuhhhh banyak cabarannya dalam 2 tahun ni..btw, Alhamdullillah, Allah akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya itu..thanks Allah.