follow me @jawahir18

Sunday, January 25, 2015

Infiniti

Tak pernah sekali,
hafal kiraan kali,
kira kira ini sangat menguji diri.

Walau tak pernah pandai kiraan,
manusia sebenarnya pandai berkira-kira,

kira nilai kau dah taruhan berapa banyak susah kau beri,
kira berapa kasih kau curahkan tetapi tidak sekali dibalas setimpal,
kira tolong kau beri tapi tidak sama didapati
kira penat dan lelah, peluh menitis, tulang membanting.

semua itu,
sekelip mata menjadi pintar-
walau sebenarnya mereka tidak tahu,
kiraan itu hanya di benak,
hanya fikir, bebankan dihati.

Sungguh--
Sebenarnya--
manusia itu pintar berkira-kira,

Infiniti.


Krabi Island
* Cerakinkan setiap cantuman cahaya itu, sungguh manusia boleh lakukan*

2 comments:

FeditlitousChuBb said...

Bila nak buat post pasal Lombok plak? Atau jom g Bali?

JaWaHiR_18 said...

tu la weh, aku tak check lagi tiket p lombok or bali. kata nak p bangkok. haish mano ni.