Wednesday, December 1, 2021

Saturday, February 8, 2020

Sosok

Saturday, February 08, 2020 0 Comments
Tiap langkah berjalan,
Tiba satu destinasi,
perlu berjalan kembali..

jalan di semua tempat biasa --
sosoknya ghaib.

ajaibnya sosok itu
bibit katanya ada --
objeknya ada --
bayangan ada --

sosoknya tiada.

Adakalanya seperti ingin diseru,
muncul--
tapi bukan di depan mata.


Kuala Lumpur 2018 | tempat singgahan kini rutin harian

Wednesday, May 8, 2019

Pesanan

Wednesday, May 08, 2019 0 Comments
Pesanan, buat Pengantin Perempuan--

Jangan engkau menjauhi suamimu, jika mendalam fikirnya
Kalian berdua harus sentiasa berkawan dalam senang dan susah
Janganlah kamu berputus asa disebabkan penderitaan
Jika kamu mahukan keuntungan

Tampakkanlah kepada dia rasa hormat. Dengan tangan kiri dan tangan kanan
Meskipun ia seperti batu atau besi yang panas
Janganlah kamu cabar dia hanya untuk mendapatkan sesuatu daripadanya
Sebagai gantinya, jika kamu memperhatikannya dia semakin bersemangat
Ucapkan kepadanya ucapan lembut, agar bersinar semula di kedua-dua matanya

Janganlah kamu berkata-kata di belakangnya jika berhajatkan sesuatu
Terimalah dirinya seadanya, dan berilah perhatian kepda pendamping hidupmu
Datanglah kepadanya dengan segera, dan janganlah kamu jemu akan hal itu

Jangan sampai kamu terpengaruh oleh kata-kata manusia
Dan dakaplah suamimu jika dia lemah
Janganlah kamu menjadi bodoh sehingga kamu mentertawakan dirimu sendiri
Tumpukan perhatianmu kepadanya, sebab apa yang kamu miliki adalah miliknya juga

Nukilan: Ahmad Basyaikh Hussein, Pesanan buat Pengantin Perempuan


Shah Alam | Mac 2019
Teman sehidup semati
Pendamping hingga ke syurga kelak.


Friday, March 8, 2019

Sebab

Friday, March 08, 2019 0 Comments
Satu benda

Segalanya dicukup
Segalanya ditanya
Segalanya diberi
Segalanya difikir

Setiap satunya diteliti
Setiap satunya dirisau
Setiap satunya dingerti
Setiap satunya tanpa beritahu
Setiap satunya dibaca

Setiap satunya..
Sebab bila segala sebab disatu.

Menjadi tiada sebab lagi.


Pulau Pangkor 2017 | Lama sungguh tidak keluar dari hiruk piruk hutan konkrik
Sampai lupa apa rasa itu..
yang tidak bersebab lagi.

Monday, November 19, 2018

Don’t look back

Monday, November 19, 2018 0 Comments
hidup ini ringkas..
kau buat pilihan
dan
tidak menoleh ke belakang.

Tidak-
Menoleh ke belakang.


Kuching Sarawak | November 2018
Matang itu pabila kau buat keputusan, kau genggam erat.
Tanpa toleh ke belakang.
Tapi, adakah itu sombong atau perihalnya prinsip?

Wednesday, October 31, 2018

Transisi

Wednesday, October 31, 2018 0 Comments
Dalam satu hari itu,
Kalau bukan ditimpa satu,
Ditimpa lagi dua tiga dan empat.

Kalau tiada apa,
Sepi bagai tiada transisi.

Aku tetap mahu tanya.
Mengapa-
Bagaimana-
Untuk kental..

Rutin yg keceramuk.


Ada masa, langit tak cerah.
Daratan merunsingkan.
Hanya pegang pada kuatnya hati.
Shah Alam | Oktober 2018

Thursday, August 9, 2018

Naluri

Thursday, August 09, 2018 0 Comments
Naluri,

Jangan pernah sangkal..
itu ilham yang dikurniakan..

dan tiap satu naluri itu bawa pada suatu yang dalam.

sangat kagum tiap kali bicara, tiap kali itu dapat dibaca
dapat ditafsir
seperti sama
tidak pernah berubah

tiap buah kata tidak berhenti dengan nasihat.

Terima kasih naluri, ilham dan nasihat. 
tak semestinya sentiasa bersapa itu ikatnya kuat, 

asal kau ingat.


Tiada gambar yang dapat mewakili ingatan itu, ini paling persis.
Sebab langit itu selalu menjadi ilham dan nasihat.
Pantai Remis | 2014

Wednesday, August 1, 2018

Permata & Bijaksana.

Wednesday, August 01, 2018 0 Comments
jalan itu diselusuri sekali lagi

kabur. 

yang berderang, sudah muncul.
hati ini. Permata ini. 

jalan dilihat jelas bersama sinarnya cahaya permata

Restuilah. 

KOA rening, Cameron Highland | Julai 2018
Aku nampak jalan itu. Permata & Bijaksana.

Friday, March 9, 2018

Jiwa

Friday, March 09, 2018 0 Comments
Masa..
sungguh relatif  --

kurasakan perlahan
ada tikanya --
sangatlah pantas

mana lagi perlu ku pergi
untuk mencari ketenangan hati.

Sungguh--
jiwa tidaklah kuat..
walau luaran dilihat sihat.




      Cameron Highland, April 2018
Akan ku cipta memori yang lebih indah,
agar ia pudar, hilang seperti lukisan lama.



Tuesday, October 10, 2017

Terima

Tuesday, October 10, 2017 0 Comments
Semalam,
Sebelum tidur aku niatkan.

Sewaktu tidur,
Aku dapat rasa sekejap impian itu.
Semua bagaikan realiti.
Tidak teringin untuk aku bangun.
Indah bukan kepalang.
Dunianya seperti terbayang di fikiran.
Nak diceritakan, biarlah tersimpan semat..
Memori bayangan..memori harapan..

Yang sebenarnya..
Terkesan dan ku perlu belajar..

TERIMA--



Malindo air Langkawi-Kul ( 0gos 2017)
Kepul awan-awan kecil seperti jambatan.
Jambatan Mimpiku. 
Lihanya indah, tapi realitinya kau tidak boleh menapak.


Tuesday, September 26, 2017

TINGGAL

Tuesday, September 26, 2017 0 Comments
Aku pikir--
tiga itu akan bersamaku selamanya,
kenangan terakhir,

tapi diambil orang,
halimunan,
siapa gerangan?
aku terkilan.

Seperti biasa.
TINGGAL.
KETAKUTAN.

Pulau Redang, September 2017
Kilauan itu mengingatkan, 
sekali dipakai hilang selamanya.

Thursday, September 3, 2015

hingga tamat cerita

Thursday, September 03, 2015 0 Comments
klik pada web browser,
ketukan papan kekunci,
semua yang dulu terpapar.

aneh,
macam tahu
disengajakan.

kembali,
satu persatu,
urutan peristiwa itu.

kenapa dan mengapa,
masih persoalan itu timbul.

alternatif berbeza,
tiada beza,
cuma peristiwa berbeza,
muncul yg lain, rasa yg sama.

maka,
lalui sahaja,
hingga tamat cerita.


Shah Alam, Sept 2015
bila pandang ke atas tanpa langit biru, awan yang pelbagai bentuk
 buat kita teringat kita selalu mendongak ke atas.
kita lupa pandang ke bawah, ada tanah, asal kejadian kita.
sudah masanya, pandanglah ke bawah dan hargai--





Saturday, August 29, 2015

aku dan kereta

Saturday, August 29, 2015 0 Comments
aku ada sebuah cerita,
ceritanya tidak lah sehebat mana
cerita tentang aku dan kereta,

kisah ku ini dengan kereta,
ibarat satu kisah percintaan,

bila pertama kali bertemu,
rasanya gementar, teruja, indah, manis dan bertuah

menjadi peneman, kemana jua
singkatannya
SETIA--

tapi SETIA itu tidak lama,
PERCINTAAN itu tidak juga selalu manis
ada pengorbananya,

untuk berada disamping kekasih hati,
perlu berikan kasih sayang yang melimpah
jadi diberi belaian (mandikan kereta)
penjagaan (cek minyak hitam, air dll)
serta makanan (of coz minyak)

yang paling penting perhatian (kalau sakit terus dibaiki)

supaya pencintaan itu terus mekar bersama hingga akhir hayat.

Tapi , bercinta dengan manusia, kadang tak kekal lama.
mungkin kerana telah sampai had,
mungkin sebab adanya insan yang lain,
ada sebab meninggalkan seseorang itu mudah.

begitu juga dengan kereta,
sebab tiap percintaan ada had hatinya,

kadang dilayan semakin lelah,
makin dilayan bertambah ragam dan rosak.
tapi mungkin juga engkau (kereta) dah melayan pelbagai pasangan,
pelbagai karenah,
dari 1998 hingga 2015

jadi bagaimana kisah aku dengan kereta,
pengakhirannya?
hendak dibaiki?
atau tinggalkan?


UKM 2013
Kisah kami bermula di sini.