follow me @jawahir18

Saturday, August 29, 2015

aku dan kereta

aku ada sebuah cerita,
ceritanya tidak lah sehebat mana
cerita tentang aku dan kereta,

kisah ku ini dengan kereta,
ibarat satu kisah percintaan,

bila pertama kali bertemu,
rasanya gementar, teruja, indah, manis dan bertuah

menjadi peneman, kemana jua
singkatannya
SETIA--

tapi SETIA itu tidak lama,
PERCINTAAN itu tidak juga selalu manis
ada pengorbananya,

untuk berada disamping kekasih hati,
perlu berikan kasih sayang yang melimpah
jadi diberi belaian (mandikan kereta)
penjagaan (cek minyak hitam, air dll)
serta makanan (of coz minyak)

yang paling penting perhatian (kalau sakit terus dibaiki)

supaya pencintaan itu terus mekar bersama hingga akhir hayat.

Tapi , bercinta dengan manusia, kadang tak kekal lama.
mungkin kerana telah sampai had,
mungkin sebab adanya insan yang lain,
ada sebab meninggalkan seseorang itu mudah.

begitu juga dengan kereta,
sebab tiap percintaan ada had hatinya,

kadang dilayan semakin lelah,
makin dilayan bertambah ragam dan rosak.
tapi mungkin juga engkau (kereta) dah melayan pelbagai pasangan,
pelbagai karenah,
dari 1998 hingga 2015

jadi bagaimana kisah aku dengan kereta,
pengakhirannya?
hendak dibaiki?
atau tinggalkan?


UKM 2013
Kisah kami bermula di sini.


No comments: