Sunday, June 21, 2015

Tuesday, March 17, 2015

hadir

Tuesday, March 17, 2015 2 Comments
pejamkan mata,
tarik nafas sedalamnya,
biar pena mengikut rentak,
timbang senang dan sesak.

secara alami, biar ia hadir.
secara fitrah, reaksi itu dipikir.

jangan gundah, apa terjadi bukan dlm lingkungan.
tapi beringat, kawalan ada ditangan.

bukalah mata hati,
kini ada ditangan coretan pertimbangan,
kongsikan dengan sedarah sedaging,
jangan malu jangan segan,
hidupnya manusia kerna sokongan.

nah, ku tujukan lirik ini:
usahlah kau bersedih dihadapanmu aku hadir.

#aku ada disini, sahabat. Tapi tidak selama.
namun jgn gusar, Tuhanmu setiasa ada, selamanya.


Port Dickson, Negeri Sembilan.
walau jauh, diperhati. walau tak merasa bersama tapi terasa.

Wednesday, March 11, 2015

cerita larut malam

Wednesday, March 11, 2015 0 Comments
malam yg larut,
penuh cerita silam terimbau dlm benak fikiran,
dizahirkan dengan rancaknya melalui aplikasi whatsapps.

senyum senget hangguk nipis,
perbuatan itu,
terima kasih kerna mengambil berat,
terima kasih kerna ingat.

nasihatlah jika tersalah langkah,
lumrahnya manusia akan tergadah,
harapnya ruang untuk berpaut.

makin larut makin dalam kisah silam,
selongkar dan teringat rupanya kini berbeza,
menjadi dewasa.

persoalannya,
maniskah pula tika dewasa?


Dungun, Terengganu
tenung jauh pada cahaya bulan itu,
akan terpancar segala memori.

Sunday, March 1, 2015

kerana sayang

Sunday, March 01, 2015 2 Comments
manusia lumrahnya sedari kecil perlu didikan,
perlu ajaran.

kecil,
tiada bantahan cuma kurang matang penilaian

remaja,
darahnya panas, 
mula suarakan,
mula menilai, 
tapi jika salah penilaian?

aku risau wahai adik,
risau hari mendatang,
bila mana ayah ibumu sudah kurang kudratnya.

kau kena kuat,
kau kena berdikari,
kau kena pandai,
kau kena pintar,
kau kena matang,
kau kena buka mata hatimu,

lihat dunia luas dan akhirat mendatang.

kerna itu...ingatlah,
kataku satu nasihat,
tegurku jadilah pedoman,
marahku.....

Kerana sayang --


 kuala selangor, mac 2015
Alhamdulillah di usia 13 tahun ini, farid dh matang menilai baik buruknya.
Angah faham dan angah terima maaf awak. love u.

Wednesday, February 18, 2015

Harap[an]

Wednesday, February 18, 2015 0 Comments
PERKARA ITU TIDAK PERNAH HABIS..
Adakah itu sebenarnya akan terjadi?

Kalau ya, aku harap jangan siapa lagi hadapi perkara sama.

HARAP[AN]...


lukisan Farah Umairah, Ipoh.

cukup, tidak minta lebih lagi.
lakaran pelangi, matahari, awan, teman dan perlindungan.

lakar, angan, usaha dan gapai

Wednesday, February 11, 2015

Alahailah SEMUT.

Wednesday, February 11, 2015 0 Comments
Makhluk itu halus.
bilangannya tidak terbilang.
sekali dilihat sekalinya hilang.

meskipun satu,
kau boleh binasakan air sekolam.
lagipun banyak,
binasa kereta sebuah.

Alahailahhh SEMUT, 
kau kecil tapi kau memberi kesan.


FRIM, 2015
Semut, tolonglah kembali ke tempat asal, hutan hijau.
hutan konkrit yg kau jelajah, penuh manusia pembunuh keturunanmu.


Sunday, February 8, 2015

Tanya

Sunday, February 08, 2015 0 Comments
TANYA
tanda tanya dan pertanyaan
sampai sekarang tiada jawapan.

BERHENTI
berhenti bertanya, teruskan kehidupan
walau pertanyaan masih tersimpan

TERUSKAN
cuba lupakan, namun lumrahnya insan
teruskan sahaja pandang ke hadapan.



UIAM.
Sambil pandang ke hadapan dongakkan kepala,
lihatlah langit terbentang luas.
Zikirlah SubhanAllah, Maha suci Allah
Allahu akbar, Allah Maha Besar.