Friday, April 23, 2010

*ViSiT pEnanG...*

Friday, April 23, 2010 1 Comments
Setelah sekian lama aku nak pegi ke balai seni di dewan sri pinang akhirnya termakbul juge..hehe..Gara-gara dapat email yang mengatakan ada pameran lukisan dan karya-karya catan dan instalasi video mutakhir oleh Hasnul J Saidon..Tajuk pameran lukisan ini adalah tentang "Hijab seorang Pelukis"..Sangat tertarik dengan sipnosis beliau tentang pameran lukisan ini..Beliau mengatakan bahawa 'apa yang dicerap secara zahir itu adalah sebenarnya datang dari yang batin.Apa yang difikirkan dan dirasa menentukan apa yang dilihat'..aku rasa aku makin sensitif dan berjiwa halus skarang..hehehe..=)

Walau ape pun ade 2 pameran kat situ yang kami masuk..aku,wan,safiah dan fedit membuka minda kami dengan melihat hasil lukisan yang penuh dengan seni-seni yang tersirat..kami cume buat penafsiran melalui pandangan kami sebagai pelajar sains sosial dan pendidikan..hahaha...


Balai seni lukis dewan sri pinang..

*pic dalam pameran hijab seorang pelukis takde sebb dalam bilik tu gelap dan horror*..hihi..kami dah takut2 daa~..

berehat sebentar dekat pondok di sekitar dewan sri pinang dan akhirnya pengawal keselamatan suggest kami melawat tempat lain cam muzium dan lain2..so ape lagi round lagila..hehehe..next destination is penang state museum..Opss tapi sebelum ke sane kami berjalan kaki pusing mahkamah tinggi dan terjumpe 'Logan Memorial'

kami bertiga..Weeee~..

Berjalan lagi ke muzium negeri Pulau Pinang..First time jejak kaki kesana..hahaha...dok penang sudah mahu masuk ke tahun 3..ape2 pun sangat puas hati..=)...



dan akhirnya kami berjalan2 ke little india dan little shang hai..hahaha..ade little malay tak??..;p


suasana di little india..jalan dan kedai je..tapi dapat tengok pelbagai karenah manusia..hehe..
Dan akhirnya sangat2 penat dan haus berjalan-jalan..kami pergi menghilang kan dahaga di chowrasta..fuh!memang cara lah...sodaaaappp..ilang haus...btw,bila melihat pakcik ni sedang memasak mee goreng rasa terdetik rasa cgt kasihan..sebb die buat kje menggigil-gigil..hmmm
aku memang tak bole tgok orang tua macam tu..teringat opah dikampung yang duduk sorang kat kampong..huhu...

Semoga pak cik ni dimurahkan rezeki..

Akhir sekali singgah ke batu feringghi dan ke masjid terapung dahulu menunaikan kewajipan.
Tenang je hati duduk disitu sambil melihat ciptaan Allah yang Maha Agong..MasyaAllah,sempat kami menangkap beberapa gambar keindahan alam disekitar Masjid terapung..=)


Masjid terapung yang tersergam indah dengan awan yang berwarna purple..hehehe...i like this..=)

Pantai yang membawa seribu kenangan..=)

Pulang je ke bilik..muncul anak kucing baru datang ke bilik kami..nama yang safiah kasi adalah "teriak"..sebab die kuat teriak..hahaha...comel cngat2..ia sempat tdo dlam dakapan ku sebentar sementara nad ngan nonie dan aku lepak ke khaleel...hehe..=)

Our sweetie "teriak"..hehehe..

Lpas ni nak abiskan pusing2 penang...hehe..sebab nak masuk tahun ke3 sudah..hanya setahun sahaja lagi perjuangan saya di USM..hmm..seMoga semua dipermudahkan..=)

p/s:terima kasih fedit ngan Mr.beetle die...hehehe..membawa kami menjelajah penang..lain kali bawak lagi ae..hehehe..=)..tq2...cyg kamu..muah2