Hari ni sudah 12 ramadhan..
hehe aku dah terikut2 cara penulisan blog orang yang aku baca sebelum ni..
orang yang aku dah lama tak lihat..
masa dia pergi aku langsung tak melihat pemergian nya..
ececeh mcam istimewa sangat je dia kan..
hahaha btw,salah satu sebb aku tak undurkan diri dari navy sebb kata2 dia yang sentiasa ingatkan aku pada janji yang aku penah buat dahulu..
sebab utama aku tak berundur sebb aku nak sematkan dalam hati ibu dan bapa aku yang aku boleh lakukan,aku boleh berdikari dan ibubapa aku boleh melihat aku mendapatkan watikah yang disampaikan oleh sultan..boleh lihat kesungguhan aku berkawad dan semangat yang aku ada..
segala kekuatan yang ada dalam diri aku adalah bila aku pikirkan kedua ibu bapa aku..
walaupun aku tau aku bukan lah anak yang terbaik mereka..
Berbalik pada orang yang dah lama aku tak lihat..
tiba-tiba aku nak refresh balik hubungan aku ngan rakan-rakan..
setiap kali aku berpindah ke suatu tempat..
aku mesti ada kenalan yang rapat..
dan kenalan itu akan hilang bila aku pergi ke tempat yang lain..
hehehe..aku pun tak pasti mungkin aku tak pandai dalam menjalinkan hubungan..
Dalam umur aku yang telah mencapai 22 tahun ini,
aku rasa tak banyak pencapaian yang aku telah buat kalau nak diikutkan orang2 yang sebaya dengan aku..
aku tak mampu lagi untuk memberikan sedikit wang menggunakan duit gaji akau sendiri untuk diberikan kepada keluarga..
aku tak mampu lagi bertutur dan menulis bahasa inggeris dengan fasih..
tak mamapu untuk melakukan sesuatu yang besar dalam hidup berbanding aku lihat rakan-rakan yang lain..
namun kini,aku hanya mampu meluangkan sedikit masa di rumah untuk membalas budi ibubapaku walaupun aku tau kadang2 tak banyak pun aku membantu..
melihat adik2 aku membesar di hadapan mata ku..
sebab sebelum2 ini aku hanya pulang sekali sekala dan tgok2 adik2 dah membesar..hehehe
sebelum aku meneruskan perjuangan ku lagi..semoga masa yang aku luangkan memadai sebb aku takut aku akan sibuk akan datang nanti...
pic kat bawah ni pic waktu tauliah..cume mak je dapat tgok masa aku amik watikah sebab abah ngan adik2 lain tak larat sebab tak sarapan..walau apa pun hati ku rasa senang walaupun impian ku tak tercapai mahu ibu bapa ku kedua2 nya melihat anak nya dalam perbarisan dan pengambilan watikah..
Always love my family...everlasting~~