Sunday, March 1, 2015

kerana sayang

manusia lumrahnya sedari kecil perlu didikan,
perlu ajaran.

kecil,
tiada bantahan cuma kurang matang penilaian

remaja,
darahnya panas, 
mula suarakan,
mula menilai, 
tapi jika salah penilaian?

aku risau wahai adik,
risau hari mendatang,
bila mana ayah ibumu sudah kurang kudratnya.

kau kena kuat,
kau kena berdikari,
kau kena pandai,
kau kena pintar,
kau kena matang,
kau kena buka mata hatimu,

lihat dunia luas dan akhirat mendatang.

kerna itu...ingatlah,
kataku satu nasihat,
tegurku jadilah pedoman,
marahku.....

Kerana sayang --


 kuala selangor, mac 2015
Alhamdulillah di usia 13 tahun ini, farid dh matang menilai baik buruknya.
Angah faham dan angah terima maaf awak. love u.

2 comments:

FeditlitousChuBb said...

Adik kau memang comel. Sekian~

JaWaHiR_18 said...

haha tu lah comel dan manja sangat.;p