Thursday, October 20, 2011

Jauhkan lah..

video

aku baru dapat tengok video ni walaupun kejadian ni dah berlaku 13/10 hari tu.. Ya Allah, memang tak masuk dek akal yang manusia2 di sekeling hanya bole biarkan anak kecil yang dalam nyawa-nyawa ikan macam tu je...macam pandang binatang je tgah nazak kat tepi jalan...kalau kita terlanggar kucing kat tengah jalan pun rasa bersalah tu menusuk dalam jiwa sampai terpikir kesakitan yang kucing tu rasa..Astaghfirullah, sifat individualistik sgt menebalbila manusia makin moden. Polisi atau peraturan yang di buat telah menghadkan perikemanusiaan manusia sebab dorang pikirkan keuntungan yang dorang dapat untuk teruskan hidup dan rela biarkan manusia yang menyusahkan mereka tu MATI!..

Bagus juga jadi melayu ni, istilah 'jaga tepi kain orang' tu rasanya lebih bagus aku rasa. Manusia kena ambil tahu perihal orang lain, tapi mungkin berpada-pada bukanlah dok gosip sana sini tapi bagi merapatkan dan mngurangkan jurang yang ada. Hmm betul la tu, aku risau betul benda ni akan terjadi kat malaysia. Sebeb kita semua hidup dalam ketakutan..Contohla sekarang ni aku ada dengar cerita yang ada orang akan pegi kat cermin tingkap kereta dan tangannya berdarah dan minta tolong kat korang. Dan di suruh JANGAN TOLONG sebab itu mungkin ada orang nak melakukan kejahatan kat korang.. Tapi macamana plak kalau benda tu betul,hmm aku rasa mungkin rakyat malaysia akan telefon polis kot tuk tgok keadaan tu betul ke tak..

Harap2 nilai yang tak bermoral macam ni tiada dan takkan menyusup dalam jiwa masyarakat malaysia..

No comments: