Tuesday, April 7, 2009

+PeSanaN EmAk..+

Mak pEnAh pEsaN....

Masa aku sekolah rendah..
angah belajar rajin-rajin
mesti dapat yang terbaik..
jangan ambil hak orang..
jangan sakiti hati orang..
jangan kurang ajar ngan orang..
sebab kamu tu baru nak hidup,
dunia yang sebenar kamu tak merasa lagi...

Masa aku sekolah menengah aku masuk asrama..
aku asyik nangis je...
rindu kat mak ngan abah,walaupun perjalanan dari hostel aku dengan rumah tak sampai 15 minit..
untuk tenangkan aku..
mak aku pesan...
Angah,
Matang dalam pemikiran kamu ya..
bijak untuk merancang kehidupan..
buat pilihan yang terbaik bagi kamu..
fikir dahulu sebelum buat keputusan..
kamu bukan kanak2 lagi,kamu sudah remaja..
remajalah yang banyak onak berdurinya..
jangan terlalu ikutkan kawan...
Biar kawan yang ikut kita dalam menuju kebaikan..
Mak taknak anak mak sedih, mak nak tengok anak mak gembira dan bersemangat selalu..
dan yang paling penting..
jadikan semua ahli keluarga kita sebagai sahabat,kawan,kekasih, bestfriend dan segala2nya..
cerita segala masalah,kegembiraan,suka duka dan segala apa yang terjadi pada kamu..
biar kami yang tahu dahulu dari yang lain..
jangan membelakangkan keluarga,
sekali orang tidak percaya pada kamu,selamanya akan begitu..
tetapi jangan lupa juga pada Yang Esa..
luahkan segalanya pada-Nya..
kata orang,bila ada bnda tersimpan dihati..lama-lama akn berkarat..
tapi jika kita luahkan pada Allah S.W.T hati kita akan bersih-sebersihnya..
akan menjadi lebih tenang...

lpas tu,aku pun mulakan langkah aku..
merancang kehidupan aku sendiri..
cuba perbaiki diri dari hari kehari..
makin lama,pencapaian aku semakin bagus..
terima kasih mak,atas pesanan mu..

Masa aku mendapat keputusan SPM,

aku dapat rasa lagi dakapan emak ku..
ingat lagi Cikgu Zubaidah merangkap Kaunselor sekolah kami kata pada emak..
"jangan risau kak,jawahir dapat keputusan yang baik..saya pun tak sangka dia dapat macam tu".
aku pun tunggu slip yang ada ditangan cikgu itu..
Alhamdulillah, matlamat aku telah tercapai...

Masa menunggu untuk kemasukan ke Universiti...
Mak aku pesan lagi,
jaga rumah ye angah..
jaga adik-adik baik2..
masakkan nasi untuk dorang...
kmas rumah..
tgok adik pergi sekolah..
Sebb nanti kamu akan meningkat dewasa..
semua kerja rumah kamu kna tau..
lagi-lagi anak gadis seperti kamu yang akan menjalani kehidupan rumah tangga kelak..

Masa nama pelajar yang masuk ke Universiti sudah diumumkan..

aku diterima masuk ke UiTM dan matrikulasi...
Semasa aku tau aku diterima,aku rasa sangat bersyukur...
Syukur Alhamdulillah Ya Allah,
Engkau berikan kehidupan ku dengan jalan yang mudah..
Masa tu mak pesan..
hmm,bagus anak mak ni..
tapi angah kena buat pilihan..
nak pilih Uitm atau matrik..
Mak tak paksa,tapi fikirkan masa depan kamu yer..
mak nak anak mak senang..
dapat tolong family...
dapat tengokkan adik-adik..
dapat jadikan inspirasi kat adik-adik..
sebab bila tgok kakak2 dia berjaya..
adik-adik akan ikut...
Langkah pertama angah..
akan menjadi langkah yang seterusnya oleh adik2..
untuk menuju ke menara gading..

Jadi,aku pun memilih ke matrikulasi,
sbab ini adalah rancngan kehidupan aku yang telah aku aturkan sejak ting 1 lagi..
aku pasti apa yang aku lakukan..
dengan segala pesanan mak aku yang telah mmbentuk peribadi aku ni..

Di Matrikulasi..

mak pesan lagi...
jangan leka..
tunjukkan kat mak segala kebolehan kamu..
tapi jangan active sangat dah..
sebab risau mak tgok masa kamu sek men..
tak rehat mana pun..
just focus on ur study..
lpas ni mak jarang jenguk angah..
sebab tinggal kat perak kan..
mak ngan abah kerja,ada adik2 sekali untuk dijaga..
jadi,jaga diri baik-baik..
jaga kelakuan kamu tu..
jaga maruah diri...
kamu dah semakin besar..
tapi,mak yakin pada kamu..
kamu akan dapat apa yang kamu citakan..

USM,
menjadi destinasi yang telah ditakdirkan bagi aku meneruskan pengajian..
aku dapat rasakan lagi kegembiraan yang family aku tonjolkan..
Alhamdulillah,syukur sekali lagi jalan aku dipermudahkan...
Masa hantar aku,
mak aku pesan..
lepas ni semua perkara kamu aturkan sendiri..
jadual belajar,aktiviti kamu..
semua orang dah tak kisah da..
jadi,pandai jaga diri..
dapatkan 4 flat...
jangan buat bnda yang bukan2..
huhu..

aku pun meneruskan hidup di Universiti ini..
so far,is good..

Bukan mak saja yang banyak memberikan semangat dan pesanan yang membangun untuk aku..
abah,along,kawan-kawan..malahan adik2 aku yang selalu membuatkan aku sentiasa mahu ke depan...

teringat pesan arwah atuk aku..
makan ingat cemerlang,mandi ingat cemerlang,pkai kasut ingat cemerlang...
nant mesti kamu cemerlang dunia ahirat..
I like the way U said Atuk!!,sngat bersemangat..buat cucumu ini ingat sampai sekarang...

Walaupun aku seperti 'anak mak' tetapi itu bukan aku..
bagi aku,aku sangat menghormati emak...
aku tetap cari jalan untuk masalah aku sendiri melalui pandngan mereka..
aku tetap berusaha keras sendiri dengan terasanya semangat yang mereka berikan..
aku tetap mencapai apa yang aku inginkan dengan diiringi doa dan restu mereka..
aku tetap dapat berdikari jika aku bangun dan jatuh..
semua itu,adalah atas sebab aku dan mereka sentiasa ada bersama..
walau dalam apa jua keadaan....
serta syukur pada mu Ya Allah kerana permudahkan hidup hambamu ini..




2 comments:

penakarat said...

menarik...subjektif...hahahaha

JaWaHiR_18 said...

penakarat-amboi cam kita penh bncgkn ttg 'subjektif' tu yer...hehehe.